day 1: Foreign Restaurant
lokasi? jalan nak ke masjid.

baru sampai Korea, perut kelaparan sebab last meal adalah lunch dalam flight. jumpa kedai ni, dan nampak lawa sikit (eh kedai arab bukan ke semua lawa2 ke?) terus masuk dan pesan. baba makan lamb mandy , mama makan chicken mandy. plus air mango segelas cost us 27,500won. sedap sangat (plus lapar juge), tengah2 makan baru teringat tak amik gambar pun. sudanya,sampai habis licin, gambar tulang kambing pun takde amik. haha
day 2: Wang Thai
lokasi? tingkat 2, tepi main road area ALDO, Nike etc.

PakLah, junior baba masa study dulu yang belanja. semua menu dia tolong pilihkan, nasib baik semua sedap. harga mahal sikit kot sebab restoran ni macam eksklusif sikit. tapi memang sangat2 puas hati. (kalau bukan sebab Iqbal buat 'projek', mesti mama habiskan semua makanan..haha)day 3: korean food
lokasi?Lowyat versi Korea(lupa nama sebenarnya)

haa ni memang betul2 sedap. baby octopus gaul dengan nasi. dia masak gaul2 semua kat atas pan depan mata kita, atas meja kita. siap kasi apron lagi sebab takut terpercik kat baju waktu makan / tengah goreng. harga 16,000won.day 4: Salam Restaurant
lokasi? jalan nak ke masjid.



TV 1 ada datang kat sini, sebab ada plak sumbangan TV1 RTM dorang gantung kat dinding kaunter bayaran. makanan Turkish. restoran besar tapi takde orang. rasa biasa2. mama makan ayam cucuk2 tu, baba makan macam biasa, lamb mendy. 25,300won.
day 5: Murree Muslim Food
lokasi? jalan nak ke masjid.


yang ni orang Malaysia yang kami jumpa kat Nami Island yang bagitau kalau nak makan korean food yang halal, sila la ke sini. mama try makan bulgogi dukbaegi, baba makan lamb mendy lagiiiiiiiiiiiii T____________T baba cakap bulgogi mama biasa2 je,tak sedap sangat. dan mama adalah setuju. 24,000won.Kedai Kopi & Kedai Groceries Favourite - Ediya Coffee & Home Base
ok, baba cerita, masa study dulu dia dan kawan2 minum Ediya Coffee ni je. starbucks kan mahal. kiranya, kenal coffee dgn Ediya ni je. masa kat sana, otw nak ke subway pagi2 pun singgah beli kopi. otw balik malam2 pun singgah jugak. macam addicted nak minum kopi je kat sana.
harga pun boleh tahan 2,800won hingga 4,800won je kot.

singgah HomeBase untuk beli sayur.
kalau nak beli daging/ayam halal, beli kat sini. jalan nak ke masjid, area Foreign Restaurant tu. kami beli 4keping dada ayam dengan harga 5,500won. boleh la pakai sekeping sehari buat boreng nasi goreng pagi2. heheKedai Makan Halal lain-lain
image: google

tepi jalan besar. atas Dunkin Donat.

kat Itaewon je, ada 2,3 kedai Mr Kebab. tepi jalan besar, kat jalan nk menghala ke masjid pun ada lagi 2. haritu beli tapau nak makan kat rumah tapi tertido dengan Iqbal, last2 baba makan sorang2. heh

ok, yang ni boleh cari sendiri sbb image google je.hehe. tapi rasanya kalau yang halal ni,semuanya kat tepi jalan nak ke masjid.
jangan risau, kedai makan arab,pakistan,india,indonesia memang banyak kat Itaewon ni.
No comments:
Post a Comment