Tuesday, September 25, 2012

Trip to Korea: Day 2 - Gyeongbuk-dong Palace, Cheonggyecheon Stream andMyeong-dong

ok, memandangkan azreen dah nak ke korea isnin depan, kena la upkan cerita/trip pasal korea ni cepat2.

let the pictures speak for themselves ok?



ni kat depan guesthouse kitorang. typical rumah korean yang dalam cerita korea tu, rumah kat bukit. memang kena mendaki la nak sampai ke rumah ni. patut la orang2 korea ni slim2. pakcik makcik nenek datukk tua pun fit, boleh mendaki. kalah ai tau :p



destinasi pertama; Gyeongbuk Palace. kami pegi naik subway je.
tapi lupe la pulak line ape,naik kat mana, turun kat mana dan berapa harga. hasben dah tido, tak dapat nak tanye. hehe.
 Kalau dari Itaewon (Line 6), tukar di station Yaksu untuk naik ke Line 3. Kemudian turun di stating Gyeongbuk-gung dan keluar pintu no 5. Tiket subway 1050WON kalau pakai T-Money. tiket masuk 3,000won(RM9) seorang untuk tourist. tapi kalo anda ada kerakyatan korea, rasanya masuk FOC. hehe



sempat tengok upacara tukar pengawal istana. jangan risau tak sempat tengok sebab acara ni dorang buat setiap jam daru pukul 10pagi hingga 3petang. gila tinggi pengawal ni, ke aku yang pendek?



ok, kalo nak pakai hanbok (pakaian rasmi korea), boleh pakai kat sini. ada kat istana sebelah kiri istana utama. tapi kena beratur panjang la nak pakai nye. yelah, benda free kan, semua orang nak cuba. masa fara beratur tu, waiting time fara 110minit. ohhhh tak kuase den nak beratur, lagipun tengah rushing nak jumpe kawan hasben plak lepas tu.

(or kalo nak jugak pakai secara FREE untuk bergambar, boleh ke Seoul Tourism Center. tapi kat sana pun kena buat appointment jugak..huhu)



sebab taknak kempunan tak dapat pakai hanbook, dengan muka tak malu pegi mintak nak bergambar dengan dua awek korean ni. dorang tunggu lagi lama kot, semata-mata nak pakai hanbook ni. bukan takde kat rumah, tapi pakai kat sini boleh ambik gambar kat istana lama. ceewahhhh. macam ada satu couple tu, kalo tak silap saya,dia pakai pakaian pengantin sendiri kot. datang amik gambar kat istana lama ni :)



ni pulak istana tenpat raja meraikan tetamu. cantik kan. tengah-tengah tasik. lupa plak nak tengok betul-betul camne cara nak ke tengah tasik tu. (of course kita tak boleh pegi..huhu)



lepas siap pusing istana, jumpa kawan hasben yang kerja kat sana. on the way nak g cari kedai makan, lalu tempat ni (lupe dah nama ape). dia kat depan jalan pintu masuk Gyeongbuk-dong Palace tadi lah. area sini pun ada kalo tourist nak pakai baju korea, tapi ramai sangat masa kami lalu tu.



ok,asal jumpa je tempat yang cantik sikit, sebok nak ambik gambar. haha



lunch nasi goreng seafood. sedap sbb ade kuah sup tu dengan kimchi. sampaikan beli kimchi lobak putih bawak balik malaysia. hehe. Thank you PakLah, kawan baba sebab belanje kami makan :)



ni air terjun kat Cheonggyecheon Stream. Stream ni panjang sangat, kitaorang pegi dalam 100m je kot. setiap bahagian, scene lain-lain. ada yang tepi dia penuh pokok, ada yang berbatu bata etc. air dia sangat jernih see-tru sampai nampak dasar, jauh beza dengan sungai klang tu.hehe. ramai yang duduk lepak-lepak kat sini macam orang dok lepak-lepak kat taman klcc tu.



ok ni dah lupa sempena apa. tp ada maskot kartun (terlindung) and bendaalah macam siput ni. masa ni Iqbal tengah syok tido sejak dari kedai makan tadi. heh, 2jam tido baba & mama gilir2 dukung.



city hall. dulu tengok gambar boyfren kat depan ni, tup-tup masa gi ada renovation & construction la pulak kat padang depan dia T___T



welcome to Myeong-dong. jauh kan kami jalan, dari Gyeongbuk-dong sampai Myeong-dong pakai kuasa kaki jer. haha. Myeong-dong ni tempat shopping terkenal kat pelancong korea selain Nandaemun dan Dongdaemun.



kat street banyak la gerai macam pasar malam. kat bangunan dia banyak kedai2 berjenama. tak beli apa pun kat sini, beli Skin Food je sikit (Azreen, nanti aku nak kirim lagi kat ko tau!)



Iqbal ni, merata-rata orang dok tegur dia. kakak manis, makcik2, pakcik2, nenek2, atuk2, and budak2 pun geram kat dia. tengok ni dah buat kawan sementara tunggu PakLah shopping jaket.



pastu balik Itaewon dari Myeong-dong naik teksi. tak tahu juga berapa harga sebab PakLah bayar. teman PakLah check-in kat satu-satunya hotel kat Itaewon, Hamilton Hotel. Mak ain mahalnya hotel, 140,ooowon(RM420) satu malam untuk single room. pengsan!



Dinner kat restoran Thai. pun PakLah belanje. sedap. Nasi putih, Ikan sweet sour, TomyamKung, dan nasi goreng untuk hasben. TQ PakLah. lain kali hang balik mesia kami belanja pulak ok!

Siap makan, singgah HOMEMART beli groceries. pastu terus balik rumah. 12jam keluar rumah, flat woo. nak tido rehat-rehat sebab esoknya nak ke Nami Island pulak :)

Total perbelanjaan hari ke 2:

1. subway - pakai T-money

2.Gyeongbuk-dong Palace 3,000wonx2 = RM18

3. lunch & Dinner - Paklah belanja

4. Skinfood 15,500won = RM46.50

5.Ediya Coffee, Roti, Jajan etc 9,300won = RM27.90

6. Groceries 9,600won = RM28.80


TOTAL : 40,400won (RM121.20)

No comments:

Post a Comment