alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga ke korea selama 6 hari 5 malam. fara ni teringin sangat nak ke sana lepas tengok cerita winter sonata dulu lah. pastu boyfren masa tu pulak tengah study kat sana. mula la verangans nak g sana tapi masa tu tengah study, takde duit lagi. & mane lah pernah ku keluar dari tanahairku yang terchenta ni.
rezeki datang menggolek, bulan Mei haritu ada orang naik pangkat dan dapat increment dan dapat bonus. terus bukak airasia.com dan jumpa seat murah ke korea. terus book. tiket untuk 2 dewasa dan sorang infant pegi balik cuma RM1,700. tapi tambah luggage, pre-order makan, pastu masa balik upgrade ke premium seat, total tambang adalah RM2,800.
flight pagi pukul 9 di LCCT, so seawal pukul 7 pagi dah sampai sana. lepas drop bag, Iqbal mandi kat LCCT je sebab angkat dia tengah tido, hehe. siap mandi, breakfast kejap kat Marybrown. sempat lagi tapau mashed potato w/out gravy bekal untuk Iqbal atas flight.
flight adalah penuh ye. ingatkan bukan cuti sekolah,takde la penuh sangat tapi ya ampun,sampai ke belakang penuh orang. perjalanan dari LCCT ke Incheon International Airport mengambil masa 6 jam 20minit. sebabkan kami nak bassinet untuk letak Iqbal tido, kami pilih la hot seat. tapi yang sakit hatinya, orang lalu lalang pulak depan kami. patutnya tak boleh la lalu sebab kami bayar untuk duduk tempat tu, extra untuk tempat kaki yang luas. stress betul. dah letak bassinet pun dorang boleh menyempit nak lalu lagi. bila dah tak tahan, fara tunjuk sign tu kat dorang bila dorang datang nak lalu (dorang lalu sebab nak cross aisle nak ke toilet belah satu lagi; seat kami paling depan dekat dengan toilet).
sign kecik sangat, lepas tu ke bawah sikit so sebab tu orang tak nampak kot. (dan dorang memang tak baca kot kalo ada besar & kat atas pun.janji dorang dapat cross cepat T_____T)
bahagia je encik Iqbal Firaz ni tido dalam bassinet ni. siap buat aksi tido kat rumah lagi. 3jam kot tido dalam ni. tak sesia baba tempah bassinet. so kepada sesiapa yang nak travel jauh dengan baby, better amik bassinet. memang la 6 jam tu kejap macam naik bas dari KL ke kuala terengganu tapi lenguh jugak la kalau nak dukung je non-stop. ape pun, up to you :)
ok, memandangkan fara ni sebenanrnya hantu jugak la dengan makanan korea (kalau boleh tiap2 minggu nak makan kat stall bawah gardens & kat pak Z kopitiam ampang tu), so kitaorang dah pre-book sesiap makan tengahari kitaorg. international meals, sbb nak ke korea so dapat la Kimchi chicken durichigi rice ni. pre-order RM8 je rasanya tapi kalo beli on da spot jadi RM16. so nak save, korang beli la siap2 tau.pukul 4.30ptg aktu tempatan(korea),kami sampai la di bumi winter sonata tu. rasa macam tak percaya pun ada, heyyyy aku dah kat korea. tempat yang aku tengok dalam chanel393 tetiap hari tu. haha. ok, air asia punya parking di terminal baru. gate 109. so dari terminal tu, amik tren untuk ke main terminal. kejap je dalam 5minit. pastu hasben gi beli tiket tren untuk ke Seoul Station. tiket tren AREX, 7900won(+-rm24) untuk 2 dewasa dan topup T-Money 10,000won(R30) setiap kad. T-money ni macam Touch N Go la. boleh guna untuk tren, bas & teksi.
pukul 6ptg sampai Seoul Station.masa ni lah baru rasa udara Korea. haha jakun. yelah,kat airport tadi indoor, pastu terus naik tren. bila keluar je Seoul Station tu, rasa "waa..macam dalam cerita Korea. pukul 6ptg dah macam pukul 730mlm malaysia. pastu rasa sejup-sejup macam dalam aircond. ok jakun lagi. amik teksi pulak untuk ke guesthouse yang kami book tu. siap tunjuk peta pagi kat driver teksi tu tapi dia tak tahu jugak. tak tahu la kalau dia pura-pura nak tipu kami sebab jalan masuk tu memang confuse sikit sebab one way. hangin betul sebab tak sampai ke rumah tu tapi kena caj 9,500won(RM28.50). dengan 2 beg besar, dengan stroller Iqbal lagi, kena menapak naik bukit pulak.

kami stay kat Malaysia Guesthose di Itaewon (pegi google cepat). student Malaysia yang belajar kat sana buat francise kot dengan orang local, buat guesthouse ni untuk pelancong dari malaysia. harga untuk 6hari 5malam dalam 160,000won(RM480). kenapa duduk sini, bukan hotel? sebab sini macam homestay. ada dapur so boleh masak2. ada mesin basuh so boleh recycle baju( tak payah bawak banyak2 baju, memberatkan beg aje..hehe). & ada internet/wi-fi jugak untuk update facebook. haha.
so malam tu dalam pukul 8mlm kitaorang keluar untuk dinner. nasib la hasben dah biasa dengan tempat/area tu, so dapat la kami berjalan tanpa sesat. & cari restoran halal dengan senang. oh tips nak senang makan, silalah duduk kat Itaewon. sebab kat sini lah letaknya Seoul Central Mosque so banyak kedai makan pakistan, india dan arab yang halal sepanjang jalan nak ke masjid tu. kitaorang malam tu dinner kat Foreign Restaurant, Authentic Indian and Arab Cuisine.
sila lah perhatikan banner ni, siap ada tulis dala bahasa melayu lagi. oh memang kat korea,banyak kedai2 tulis dalam bahasa melayu. mungkin sebab ramai sagat kot pelancong dari malaysia. masa kami makan kat sini pun,ada 3orang kakak2 melayu yang masuk bungkus. heh.
oh tips untuk elak rasa barang kat korea ni mahal, jangan la korang nak convert harga tu ke ringgit malaysia. anggap jela 1,000won tu sama macam RM1. kalo tak,semua benda kita tak makan, semua benda kita tak beli. haha. so total makanan kami malam tu untuk 1 briyani ayam, 1 briyani kambing & 1 mango juice (hasben minum air kosong je sbb kat korea, masuk je kedai mesti dorang akan hidagkan air kosong. mana-mana kedai pun!) adalah 27,500won(RM82.50).

on da way balik, hasben pegi beli 4 keping dada ayam kat market (semestinya halal-kedai muslim) 5,500won(RM16.50).Iqbal ni pulak pantang nampak buah. ni nampak pakcik jual buah terus dia buat bising. so beli la sebijik pear(sebijik je sebab besar) 2,000won(RM6) dan sebijik buah cham-wae 1,000won(RM3). buah cham-wae ni rupa macam labu air tapi rasa macam honeydew. pastu beli stoking hasben kat gerai tepi jalan 2,000won(RM6). dorang cakap 1,000won tapi style kat korea, jual sebelah2. so kalo nak sepasang, jadi 2,000won la. hehe. and beli calling card, konon nak call mak end up pakai sekali je. membazir. 10,000won(RM30) untuk 2jam 15minit tapi saya pakai 15minit je. ada lagi baki 2jam kot. sape2 nak g korea dan nak beli calling card ni, boleh tinggal komen ok. fara tolak RM25 jer :)
so total perbelanjaan untuk hari pertama = 248,000WON(RM746)
ok dah habis cerita day 1 kat korea. tak berjalan2 lagi sebab baru sampai. tapi pusing itaewon pun dah excited sebab kedai kopi ala2 starbucks dan kedai kosmetik macam faceshop, skinfood, etude house etc tu berlambak kat tepi jalan. harga pun murah2. nanti review pasal kedai2 ni dalam next-next entry ok.
(kalo ada nak tanya apa2, leave me your message.comment. insyaAllah hasben boleh tolong jawabkan.hehe)
ok,panjang pulak entry hari ni. tq for reading.
sehari satu entry so ada 5 entry lagi sebab 6 hari kat sana. fuhhhhh
No comments:
Post a Comment