Tuesday, September 25, 2012

Trip to Korea: Day 2 - Gyeongbuk-dong Palace, Cheonggyecheon Stream andMyeong-dong

ok, memandangkan azreen dah nak ke korea isnin depan, kena la upkan cerita/trip pasal korea ni cepat2.

let the pictures speak for themselves ok?



ni kat depan guesthouse kitorang. typical rumah korean yang dalam cerita korea tu, rumah kat bukit. memang kena mendaki la nak sampai ke rumah ni. patut la orang2 korea ni slim2. pakcik makcik nenek datukk tua pun fit, boleh mendaki. kalah ai tau :p



destinasi pertama; Gyeongbuk Palace. kami pegi naik subway je.
tapi lupe la pulak line ape,naik kat mana, turun kat mana dan berapa harga. hasben dah tido, tak dapat nak tanye. hehe.
 Kalau dari Itaewon (Line 6), tukar di station Yaksu untuk naik ke Line 3. Kemudian turun di stating Gyeongbuk-gung dan keluar pintu no 5. Tiket subway 1050WON kalau pakai T-Money. tiket masuk 3,000won(RM9) seorang untuk tourist. tapi kalo anda ada kerakyatan korea, rasanya masuk FOC. hehe



sempat tengok upacara tukar pengawal istana. jangan risau tak sempat tengok sebab acara ni dorang buat setiap jam daru pukul 10pagi hingga 3petang. gila tinggi pengawal ni, ke aku yang pendek?



ok, kalo nak pakai hanbok (pakaian rasmi korea), boleh pakai kat sini. ada kat istana sebelah kiri istana utama. tapi kena beratur panjang la nak pakai nye. yelah, benda free kan, semua orang nak cuba. masa fara beratur tu, waiting time fara 110minit. ohhhh tak kuase den nak beratur, lagipun tengah rushing nak jumpe kawan hasben plak lepas tu.

(or kalo nak jugak pakai secara FREE untuk bergambar, boleh ke Seoul Tourism Center. tapi kat sana pun kena buat appointment jugak..huhu)



sebab taknak kempunan tak dapat pakai hanbook, dengan muka tak malu pegi mintak nak bergambar dengan dua awek korean ni. dorang tunggu lagi lama kot, semata-mata nak pakai hanbook ni. bukan takde kat rumah, tapi pakai kat sini boleh ambik gambar kat istana lama. ceewahhhh. macam ada satu couple tu, kalo tak silap saya,dia pakai pakaian pengantin sendiri kot. datang amik gambar kat istana lama ni :)



ni pulak istana tenpat raja meraikan tetamu. cantik kan. tengah-tengah tasik. lupa plak nak tengok betul-betul camne cara nak ke tengah tasik tu. (of course kita tak boleh pegi..huhu)



lepas siap pusing istana, jumpa kawan hasben yang kerja kat sana. on the way nak g cari kedai makan, lalu tempat ni (lupe dah nama ape). dia kat depan jalan pintu masuk Gyeongbuk-dong Palace tadi lah. area sini pun ada kalo tourist nak pakai baju korea, tapi ramai sangat masa kami lalu tu.



ok,asal jumpa je tempat yang cantik sikit, sebok nak ambik gambar. haha



lunch nasi goreng seafood. sedap sbb ade kuah sup tu dengan kimchi. sampaikan beli kimchi lobak putih bawak balik malaysia. hehe. Thank you PakLah, kawan baba sebab belanje kami makan :)



ni air terjun kat Cheonggyecheon Stream. Stream ni panjang sangat, kitaorang pegi dalam 100m je kot. setiap bahagian, scene lain-lain. ada yang tepi dia penuh pokok, ada yang berbatu bata etc. air dia sangat jernih see-tru sampai nampak dasar, jauh beza dengan sungai klang tu.hehe. ramai yang duduk lepak-lepak kat sini macam orang dok lepak-lepak kat taman klcc tu.



ok ni dah lupa sempena apa. tp ada maskot kartun (terlindung) and bendaalah macam siput ni. masa ni Iqbal tengah syok tido sejak dari kedai makan tadi. heh, 2jam tido baba & mama gilir2 dukung.



city hall. dulu tengok gambar boyfren kat depan ni, tup-tup masa gi ada renovation & construction la pulak kat padang depan dia T___T



welcome to Myeong-dong. jauh kan kami jalan, dari Gyeongbuk-dong sampai Myeong-dong pakai kuasa kaki jer. haha. Myeong-dong ni tempat shopping terkenal kat pelancong korea selain Nandaemun dan Dongdaemun.



kat street banyak la gerai macam pasar malam. kat bangunan dia banyak kedai2 berjenama. tak beli apa pun kat sini, beli Skin Food je sikit (Azreen, nanti aku nak kirim lagi kat ko tau!)



Iqbal ni, merata-rata orang dok tegur dia. kakak manis, makcik2, pakcik2, nenek2, atuk2, and budak2 pun geram kat dia. tengok ni dah buat kawan sementara tunggu PakLah shopping jaket.



pastu balik Itaewon dari Myeong-dong naik teksi. tak tahu juga berapa harga sebab PakLah bayar. teman PakLah check-in kat satu-satunya hotel kat Itaewon, Hamilton Hotel. Mak ain mahalnya hotel, 140,ooowon(RM420) satu malam untuk single room. pengsan!



Dinner kat restoran Thai. pun PakLah belanje. sedap. Nasi putih, Ikan sweet sour, TomyamKung, dan nasi goreng untuk hasben. TQ PakLah. lain kali hang balik mesia kami belanja pulak ok!

Siap makan, singgah HOMEMART beli groceries. pastu terus balik rumah. 12jam keluar rumah, flat woo. nak tido rehat-rehat sebab esoknya nak ke Nami Island pulak :)

Total perbelanjaan hari ke 2:

1. subway - pakai T-money

2.Gyeongbuk-dong Palace 3,000wonx2 = RM18

3. lunch & Dinner - Paklah belanja

4. Skinfood 15,500won = RM46.50

5.Ediya Coffee, Roti, Jajan etc 9,300won = RM27.90

6. Groceries 9,600won = RM28.80


TOTAL : 40,400won (RM121.20)

Monday, September 24, 2012

Trip to Korea: Day 1, Itaewon

ok, memandangkan ramai kawan-kawan yang dah beli tiket nak ke korea, jom kita up kan tips dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati kat sana.

alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga ke korea selama 6 hari 5 malam. fara ni teringin sangat nak ke sana lepas tengok cerita winter sonata dulu lah. pastu boyfren masa tu pulak tengah study kat sana. mula la verangans nak g sana tapi masa tu tengah study, takde duit lagi. & mane lah pernah ku keluar dari tanahairku yang terchenta ni.

rezeki datang menggolek, bulan Mei haritu ada orang naik pangkat dan dapat increment dan dapat bonus. terus bukak airasia.com dan jumpa seat murah ke korea. terus book. tiket untuk 2 dewasa dan sorang infant pegi balik cuma RM1,700. tapi tambah luggage, pre-order makan, pastu masa balik upgrade ke premium seat, total tambang adalah RM2,800.

flight pagi pukul 9 di LCCT, so seawal pukul 7 pagi dah sampai sana. lepas drop bag, Iqbal mandi kat LCCT je sebab angkat dia tengah tido, hehe. siap mandi, breakfast kejap kat Marybrown. sempat lagi tapau mashed potato w/out gravy bekal untuk Iqbal atas flight.

flight adalah penuh ye. ingatkan bukan cuti sekolah,takde la penuh sangat tapi ya ampun,sampai ke belakang penuh orang. perjalanan dari LCCT  ke Incheon International Airport mengambil masa 6 jam 20minit. sebabkan kami nak bassinet untuk letak Iqbal tido, kami pilih la hot seat. tapi yang sakit hatinya, orang lalu lalang pulak depan kami. patutnya tak boleh la lalu sebab kami bayar untuk duduk tempat tu, extra untuk tempat kaki yang luas. stress betul. dah letak bassinet pun dorang boleh menyempit nak lalu lagi. bila dah tak tahan, fara tunjuk sign tu kat dorang bila dorang datang nak lalu (dorang lalu sebab nak cross aisle nak ke toilet belah satu lagi; seat kami paling depan dekat dengan toilet).

sign kecik sangat, lepas tu ke bawah sikit so sebab tu orang tak nampak kot. (dan dorang memang tak baca kot kalo ada besar & kat atas pun.janji dorang dapat cross cepat T_____T)


bahagia je encik Iqbal Firaz ni tido dalam bassinet ni. siap buat aksi tido kat rumah lagi. 3jam kot tido dalam ni. tak sesia baba tempah bassinet. so kepada sesiapa yang nak travel jauh dengan baby, better amik bassinet. memang la 6 jam tu kejap macam naik bas dari KL ke kuala terengganu tapi lenguh jugak la kalau nak dukung je non-stop. ape pun, up to you :)

ok, memandangkan fara ni sebenanrnya hantu jugak la dengan makanan korea (kalau boleh tiap2 minggu nak makan kat stall bawah gardens & kat pak Z kopitiam ampang tu), so kitaorang dah pre-book sesiap makan tengahari kitaorg. international meals, sbb nak ke korea so dapat la Kimchi chicken durichigi rice ni. pre-order RM8 je rasanya tapi kalo beli on da spot jadi RM16. so nak save, korang beli la siap2 tau.

pukul 4.30ptg aktu tempatan(korea),kami sampai la di bumi winter sonata tu. rasa macam tak percaya pun ada, heyyyy aku dah kat korea. tempat yang aku tengok dalam chanel393 tetiap hari tu. haha. ok, air asia punya parking di terminal baru. gate 109. so dari terminal tu, amik tren untuk ke main terminal. kejap je dalam 5minit. pastu hasben gi beli tiket tren untuk ke Seoul Station. tiket tren AREX, 7900won(+-rm24) untuk 2 dewasa dan topup T-Money 10,000won(R30) setiap kad. T-money ni macam Touch N Go la. boleh guna untuk tren, bas & teksi.

pukul 6ptg sampai Seoul Station.masa ni lah baru rasa udara Korea. haha jakun. yelah,kat airport tadi indoor, pastu terus naik tren. bila keluar je Seoul Station tu, rasa "waa..macam dalam cerita Korea. pukul 6ptg dah macam pukul 730mlm malaysia. pastu rasa sejup-sejup macam dalam aircond. ok jakun lagi. amik teksi pulak untuk ke guesthouse yang kami book tu. siap tunjuk peta pagi kat driver teksi tu tapi dia tak tahu jugak. tak tahu la kalau dia pura-pura nak tipu kami sebab jalan masuk tu memang confuse sikit sebab one way. hangin betul sebab tak sampai ke rumah tu tapi kena caj 9,500won(RM28.50).  dengan 2 beg besar, dengan stroller Iqbal lagi, kena menapak naik bukit pulak.


kami stay kat Malaysia Guesthose di Itaewon (pegi google cepat).  student Malaysia yang belajar kat sana buat francise kot dengan orang local, buat guesthouse ni untuk pelancong dari malaysia. harga untuk 6hari 5malam dalam 160,000won(RM480). kenapa duduk sini, bukan hotel? sebab sini macam homestay. ada dapur so boleh masak2. ada mesin basuh so boleh recycle baju( tak payah bawak banyak2 baju, memberatkan beg aje..hehe). & ada internet/wi-fi jugak untuk update facebook. haha.

so malam tu dalam pukul 8mlm kitaorang keluar untuk dinner. nasib la hasben dah biasa dengan tempat/area tu, so dapat la kami berjalan tanpa sesat. & cari restoran halal dengan senang. oh tips nak senang makan, silalah duduk kat Itaewon. sebab kat sini lah letaknya Seoul Central Mosque so banyak kedai makan pakistan, india dan arab yang halal sepanjang jalan nak ke masjid tu. kitaorang malam tu dinner kat Foreign Restaurant, Authentic Indian and Arab Cuisine.
sila lah perhatikan banner ni, siap ada tulis dala bahasa melayu lagi. oh memang kat korea,banyak kedai2 tulis dalam bahasa melayu. mungkin sebab ramai sagat kot pelancong dari malaysia. masa kami makan kat sini pun,ada 3orang kakak2 melayu yang masuk bungkus. heh.

oh tips untuk elak rasa barang kat korea ni mahal, jangan la korang nak convert harga tu ke ringgit malaysia. anggap jela 1,000won tu sama macam RM1. kalo tak,semua benda kita tak makan, semua benda kita tak beli. haha. so total makanan kami malam tu untuk 1 briyani ayam, 1 briyani kambing & 1 mango juice (hasben minum air kosong je sbb kat korea, masuk je kedai mesti dorang akan hidagkan air kosong. mana-mana kedai pun!) adalah 27,500won(RM82.50).

on da way balik, hasben pegi beli 4 keping dada ayam kat market (semestinya halal-kedai muslim) 5,500won(RM16.50).Iqbal ni pulak pantang nampak buah. ni nampak pakcik jual buah terus dia buat bising. so beli la sebijik pear(sebijik je sebab besar) 2,000won(RM6) dan sebijik buah cham-wae 1,000won(RM3). buah cham-wae ni rupa macam labu air tapi rasa macam honeydew. pastu beli stoking hasben kat gerai tepi jalan 2,000won(RM6). dorang cakap 1,000won tapi style kat korea, jual sebelah2. so kalo nak sepasang, jadi 2,000won la. hehe. and beli calling card, konon nak call mak end up pakai sekali je. membazir. 10,000won(RM30) untuk 2jam 15minit tapi saya pakai 15minit je. ada lagi baki 2jam kot. sape2 nak g korea dan nak beli calling card ni, boleh tinggal komen ok. fara tolak RM25  jer :)

so total perbelanjaan untuk hari pertama = 248,000WON(RM746)

ok dah habis cerita day 1 kat korea. tak berjalan2 lagi sebab baru sampai. tapi pusing itaewon pun dah excited sebab kedai kopi ala2 starbucks dan kedai kosmetik macam faceshop, skinfood, etude house etc tu berlambak kat tepi jalan. harga pun murah2. nanti review pasal kedai2 ni dalam next-next entry ok.

(kalo ada nak tanya apa2, leave me your message.comment. insyaAllah hasben boleh tolong jawabkan.hehe)

ok,panjang pulak entry hari ni. tq for reading.

sehari satu entry so ada 5 entry lagi sebab 6 hari kat sana. fuhhhhh

Thursday, September 20, 2012

Trip to Korea: Kedai Makan

kali ni pasal kedai makan yang halal dulu ye. memandangkan kami stay di Itaewon, senang sikit lah nak makan. sebab dekat masjid kan, banyak kedai-kedai Arab, Pakistan dan India kat situ. kalau korang pun stay kat area sini, dont worry, banyak pilihan.

day 1: Foreign Restaurant

lokasi? jalan nak ke masjid.

Foreign Restaurant

baru sampai Korea, perut kelaparan sebab last meal adalah lunch dalam flight. jumpa kedai ni, dan nampak lawa sikit (eh kedai arab bukan ke semua lawa2 ke?) terus masuk dan pesan. baba makan lamb mandy , mama makan chicken mandy. plus air mango segelas cost us 27,500won. sedap sangat (plus lapar juge), tengah2 makan baru teringat tak amik gambar pun. sudanya,sampai habis licin, gambar tulang kambing pun takde amik. haha

day 2: Wang Thai

lokasi? tingkat 2, tepi main road area ALDO, Nike etc.

Wang ThaiWang Thai, ItaewonPakLah, junior baba masa study dulu yang belanja. semua menu dia tolong pilihkan, nasib baik semua sedap. harga mahal sikit kot sebab restoran ni macam eksklusif sikit. tapi memang sangat2 puas hati. (kalau bukan sebab Iqbal buat 'projek', mesti mama habiskan semua makanan..haha)

day 3: korean food

lokasi?Lowyat versi Korea(lupa nama sebenarnya)

makanan Korea, octopusoctopus makanan Koreahaa ni memang betul2 sedap. baby octopus gaul dengan nasi. dia masak gaul2 semua kat atas pan depan mata kita, atas meja kita. siap kasi apron lagi sebab takut terpercik kat baju waktu makan / tengah goreng. harga 16,000won.

day 4: Salam Restaurant

lokasi? jalan nak ke masjid.

Salam Restauran, Itaewon Korea

TV 1 ada datang kat sini, sebab ada plak sumbangan TV1 RTM dorang gantung kat dinding kaunter bayaran. makanan Turkish. restoran besar tapi takde orang. rasa biasa2. mama makan ayam cucuk2 tu, baba makan macam biasa, lamb mendy. 25,300won.

day 5: Murree Muslim Food

lokasi? jalan nak ke masjid.

Murree Muslim FoodMurree Muslim FoodMurree Muslim Foodyang ni orang Malaysia yang kami jumpa kat Nami Island yang bagitau kalau nak makan korean food yang halal, sila la ke sini. mama try makan bulgogi dukbaegi, baba makan lamb mendy lagiiiiiiiiiiiii T____________T baba cakap bulgogi mama biasa2 je,tak sedap sangat. dan mama adalah setuju. 24,000won.

Kedai Kopi & Kedai Groceries Favourite - Ediya Coffee & Home Base

ok, baba cerita, masa study dulu dia dan kawan2 minum Ediya Coffee ni je. starbucks kan mahal. kiranya, kenal coffee dgn Ediya ni je. masa kat sana, otw nak ke subway pagi2 pun singgah beli kopi. otw balik malam2 pun singgah jugak. macam addicted nak minum kopi je kat sana.



harga pun boleh tahan 2,800won hingga 4,800won je kot.



singgah HomeBase untuk beli sayur.

kalau nak beli daging/ayam halal, beli kat sini. jalan nak ke masjid, area Foreign Restaurant tu. kami beli 4keping dada ayam dengan harga 5,500won. boleh la pakai sekeping sehari buat boreng nasi goreng pagi2. hehe

Kedai Makan Halal lain-lain

image: google



tepi jalan besar. atas Dunkin Donat.



kat Itaewon je, ada 2,3 kedai Mr Kebab. tepi jalan besar, kat jalan nk menghala ke masjid pun ada lagi 2. haritu beli tapau nak makan kat rumah tapi tertido dengan Iqbal, last2 baba makan sorang2. heh



ok, yang ni boleh cari sendiri sbb image google je.hehe. tapi rasanya kalau yang halal ni,semuanya kat tepi jalan nak ke masjid.

jangan risau, kedai makan arab,pakistan,india,indonesia memang banyak kat Itaewon ni.