Friday, February 8, 2019

Trip to Sydney 1: Preparation

alhamdulillah, rezeki nak tengok tempat orang. husband confirm pergi conference jumaat, ahad terus beli tiket dan apply visa.semua urusan settle in 3 weeks. lagi seminggu nak fly.

ticket:
Air Asia jurr akak mampu. selalu beli time free seat, bila kena beli last minutes ni - sakitnya tu di sini jugak lah. RM1, 705 return KUL-SYD termasuk makan pergi dan balik. bawak cabin luggage je.

visa:
macam biasa, buat dengan Intan. dulu back in 2014 masa gi Melbourne pun buat dengan dia. charge RM20/pax

duit:
tak tukar sebab dah ada yang tukar - patutnya nak bawak ke Perth next month tapi rezeki Sydney dulu.

hotel:
1 night at Wookbrookers (homai mahalnya hotel kat Sydney), next 3 nights at Sofitel.

foods:
rasanya akan bawak Brahims 8 boxes untuk makan malam.

musim:
sana tengah summer, so boleh pakai baju biasa je. 21C-28C ala-ala suhu Malaysia la kan

itinerary:
in progress. tak pack sangat sebab pergi kerja kan.

pic from google.

Monday, April 30, 2018

Trip to Banda Aceh


1. Tiket return Air Asia RM250 KUL-Banda Aceh-KUL
*add RM50 untuk luggage / way
*add RM10/15 untuk 1 meal / way
-tiket beli sebulan stgh seblm pegi

2. supir hire @fauzantourtravel. Highly recommended. Baik budaknya. Hehe. Tp dont expect dia explain mcm ko pegi travel dgn agen yg explain history byk2 tu plak.
-harga ikut berapa kepala & tempat kita nak g (cover Pulau Sabang dan Banda Aceh/Banda Aceh sahaja)

3. Travel insurance wajib beli. Group of 5 fameli kecik kami dalam RM85 je.
-kami beli myEtiqa

4. Hotel
*2night @ Arabia Hotel,  Banda Aceh
- Deluxe Exec RM155/night. area hotel ada minimart,  kedai2 makan. Mi Razali yg glamer tu pun walking distance dlm 200-300 meter je.

*1night @ Freddie Santai Sumurtiga (highly recommended,  view lawa gilaaaaaa)
-Bunglow with Seaview RM131/night. tak boleh nak komen sbb memang lawaaaa gila view. Go google/tengok IG

5. Currency exchange
Masa pergi tu boleh dapat as low as RM285 je utk 1juta Rupiah. Nak tukar duit, Merchantrade kat Nu Sentral/ Mytown murah. boleh view current rate kat website http://vitalrate.com/

6. Place of Interest
Ni antara tpt yg sempat cover

Tuesday, April 3, 2018

#kfdgoingplaces

2009 - Singapore
2010 - Sri Lanka & Maldives
2011 - Singapore
2012 - Seoul, Korea
2013 - Krabi, Thailand & Hong Kong
2014 - Melbourne, Australia
2015 - Ho Chi Minh, Vietnam & Boracay, Philipines
2016 - Yala, Thailand
2017 - Beijing, China & Singapore & Phuket- Bangkok, Thailand
2018 -  planned Banda Aceh, Lombok & Bali, Indonesia

* rasa rugi dan unfair pulak bila tak tulis review sebab bila aku naik gi jalan-jalan pun, aku baca blog orang untuk buat itinerary and cari tempat menarik. patutnya aku pun share jugak lah pengalaman aku, mungkin boleh digunapakai oleh kawan-kawan yang nak pegi pulak ke kan. insyaAllah, akan cuba update. info semua ada, hardcopy/ buku nota sebab aku jenis tulis details.

so, kita nak mula yang mana dulu?

Tuesday, April 11, 2017

Misi Sakura : Beijing Trip - Tiket & Itinerary

dah 5 hari balik dari Beijing. kalau tak tulis sekarang, mesti makin malas dan makin lupa. jom kita jot down sikit sebagai memori / ingatan di masa depan.

sebenarnya Beijing ni tak pernah masuk dalam my travel bucket pun, tapi teringin nak bawak papa & mami jalan-jalan. bila tanya, papa cakap kalau pergi Beijing dia nak ikut. so misi kita tahun lepas masa zero fare AA, kita cari tiket murah ke Beijing. 

pergi kali ni, 5 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 baby. tiket beli asing, 1 family kecilku dan 1 lagi untuk papa, mami & adik.

Booking 1 (my family- 2 dewasa,2 kanak-kanak dan 1 baby)
Flight
4x Guests1536.64 MYR
Airport Tax248.00 MYR
klia2 fee12.00 MYR
GST7.68 MYR
Subtotal1804.32 MYR
Add-ons & Fees
8x Advance Seat Request Fee852.00 MYR
4x Processing Fee96.00 MYR
2x Checked baggage 25kg198.00 MYR
2x Infant250.00 MYR
1x Roasted Chicken with Stuffing and Cranberry Gravy15.00 MYR
2x Mineral Water (350ml)0.00 MYR
2x Pak Nasser's Nasi Lemak30.00 MYR
2x Coffee0.00 MYR
1x Sweet & Sour Chicken Meatballs with Garlic Rice15.00 MYR
1x Mac and Cheese with Chicken Meatballs15.00 MYR
1x Carbonated Drink (250ml)0.00 MYR
Subtotal1471.00 MYR
Total amount3275.32 MYR
Total GST7.68 MYR
Total paid3275.32 MYR
*tambah set Sweet & Sour Chicken Meatballs with Garlic Rice, apple juice & yougurt  RM20
*tambah air teh RM6

Booking 2 (papa, mami & adik)
Flight
3x Guests1152.48 MYR
Airport Tax276.00 MYR
klia2 fee9.00 MYR
GST5.76 MYR
Subtotal1443.24 MYR
Add-ons & Fees
6x Advance Seat Request Fee234.00 MYR
3x Direct debit processing fee4.00 MYR
2x Checked baggage 25kg198.00 MYR
1x Nasi Dagang with Chicken Curry15.00 MYR
1x Coffee0.00 MYR
1x Nasi Kerabu15.00 MYR
1x Mineral Water (350ml)0.00 MYR
1x Checked baggage 20kg102.00 MYR
1x Pak Nasser's Nasi Lemak15.00 MYR
1x Carbonated Drink (250ml)0.00 MYR
Subtotal583.00 MYR
Total amount2026.24 MYR
Total GST5.76 MYR
Total paid2026.24 MYR
*tambah 20kg luggage balik RM140

lepastu, jangan lupa beli travel insurance ya. travel insurance murah je, tak sampai seratus pun, tapi sangat-sangat berguna kalau jadi apa-apa sepanjang trip nanti. so kami ambik MH Insure RM67 X 2 = RM134.

untuk urusan di Beijing, kami cari student Malaysia kat sana. banyak baca blog cakap sana susah nak communicate, lagipun kami berjalan dengan warga emas & baby. yang bestnya pakai pakej student Malaysia tu, itinerary ikut preference kita - bukan macam itinerary agen yang kena pegi 8/9 government store tu. so untuk pakej 4H3M termasuk hotel, transport, 3x meals, entrance fee, itinerary & translator, RM999/head untuk dewasa & RM699/head untuk kanak-kanak. so total ground package kami adalah RM6,393

duit pulak kami tukar dekat money exchanger KLCC je. dapat rate RM64/100RMB. duit tukar untuk shopping sahaja sebab makan, entrance fee & transport semua dah include dalam pakej.

itinerary kami macam kat bawah ni. tempat-tempat nak pergi tu kami listkan dan adik tu arrangekan. masa agak flexible tapi by pukul6 dah balik sebab dah gelap & mula sejuk. makan pun, di kedai yang kami prefer; kedai yang ada ikan kukus & kambing bakar.

Day 1 - Ahad 2/4/17
Summer Palace
Masjid Niujie
Acrobatic Show - ganti dengan Yuyuantan Park (Cherry Blossom Festival)
Mi tarik

Day 2 - Isnin 3/4/17
The Great Wall (Mu Tian Yu)
Masjid Xizhimen
Bird Nest Olympic Park
Water Cube
Beijing Roast Duck

Day 3 - Selasa 4/4/17
Qianmen Shopping
Masjid Qianmen
Dicos
Tian an men - orang ramai sangat, cancel.
Forbidden City - orang ramai sangat, cancel.
Wangfujing
Masjid Haidian

Day 4 - Rabu 5/4/17
Forbidden City 
Beijing World Park/ Hongqiao (Pearl Market) Shopping - my family ke World Park, my mom ke Pearl Market

ok, esok lusa kita sambung cerita Day 1 ok. see ya!

day 1 - jamak takdim di Masjid Niujie

Monday, January 9, 2017

Hello World

Assalamualaikum & Hi

sempena tahun baru 2017 ni, farrah rasa nak mula blogging balik. rasa sayang tak jot down our travel memories kat mana-mana. so nak start tulis balik kat sini, boleh baca balik or boleh jadi panduan untuk kawan- kawan yang nak pegi nanti.

jenis farrah, suka plan & tulis detail. so sebenarnya dah berapa banyak notebook tulis pasal itinerary, details and expenses sepanjang perjalanan tu. lepastu, dok sepah-sepah. bila tengok balik, sedih pulak sebab tak bukukan betul-betul.

in list nak update:

Penang Food & Mural Hunt, Dec 2016


Boracay Birthday Treat, Oct 2015


Vietnam Shopping, May 2015


sebenarnya, dapat ilham bila kawan office tanya pasal itinerary and expenses pegi Hong Kong 2013 dulu. pernah buat entry kat blog lama, tapi tak habis pun updatenya. setakat 2 entry, itinerary and activity day 1 jer. cerita gi Korea pun 2 entry. Melbourne lagi lah, 1 entry je. pastu terkulat-kulat nak ingat detail.

doakan akak kuad ye kawan-kawan. untuk memori anak-anak dan reference kawan-kawan juga nanti.


xoxo.

Wednesday, December 2, 2015

tips packing bag untuk travel

memandangkan travel kali ni naik AirAsia je, bag yang nak di bawa sangat limited. aku beli 30kg je luggage tu. jadi sangat kena pandai lipat-lipat-gulung-gulung untuk usahakan dapat masuk dalam 2 bijik bag je baju-baju kami 5 beranak (adik aku ikut sekali). kebetulan orang ada share dekat FB cara-cara nak packing ni, so aku rasa aku akan cuba guna cara ni lah selepas cara pertama aku (kurangkan bawak baju - recycle - basuh kat sana since aku akan duduk kat homestay)




cara terbaik packing bagasi

cara packing bra dan underwear

how to pack luggage

how to pack luggage

how to pack luggage

how to pack luggage

how to pack luggage

how to pack luggage

how to pack luggage

Thursday, October 23, 2014

Cuti-Cuti Victoria : (Day 1) Air Asia, Apex Car Rental & Lovely home in Hawthrown

bertolak dari rumah gombak seawal 8.15 pagi lagi. balik rumah mama @bangi sebab nak mintak tolong adik hantarkan ke KLIA2. dalam pukul 1030 pagi camtu, lepas siap breakfast semua, bertolak ke KLIA2. first time naik kat KLIA2. sejak dah pindah gombak ni, asal pegi airport untuk ambik or hantar family dari kelate datang sini, mesti kat airport subang jek.

wah, lain benar KLIA2 ni compared to LCCT dulu. dah la besar, macam-macam ada. rasa nak pusing satu KLIA2. tapi kat bahagian kedai-kedai jela. haha. sampai-sampai, singgah Jaya Grocer sebab nak beli susu Iqbal sebab dengar macam strict sangat nak masuk Australia ni, so nak beli susu pack kecil so bawak yang tak bukak lagi la.

tak sempat pusing-pusing or makan pun, terus check-in. ya Allah jauhnya pintu kami. paling hujung. 20minit kot menapak baru sampai. kalau tau naik buggy je tadi (sebab bawak baby, boleh ke?)

flight penuh tap tak nampak malay pun. ramai mat saleh n chinese tanah besar. macam biasa, kitaorang akan duduk hot seat paling depan sekali so memang aku tak boleh komen la yang orang cakap air asia sempit sebab tiap kali travel mesti duduk depan. hehe. kitaorang ambik bassinet, boleh la letak Iqram sekejap waktu dia tido. tapi meragam jugak Iqram 8jam dalam kapal, bosan kot nak prectise bejalan tak boleh.

depan kitaorang tempat crew prepare foods tu. depan tu sikit yang quiet zone. budak bawah 12 tahun tak boleh duduk situ. tiap kali Iqram berbunyi, ada seorang lady ni akan intai dari langsir quiet zone, seat dia paling belakang kat aisle. ingatkan dia nak marah sebab bising, last-last masa aku nak makan, dia datang nak tolong pegang Iqram. ingatkan orang puteh, rupanya Malay. mixed kot. dah dapat PR kat sana. borak punya borak tapi lupa nak ambik contact number. haih.



pukul1130malam waktu tempatan, selamat sampai di Tullamarine Int Airport. masa ni takde la rasa sejuk lagi sebab dalam bangunan kan. tapi sangkut masa kat imigresen, sangkut sebab tak isi arrival form untuk Iqram. ingatkan baby tak payah sebab stewardess kasik 4 je. terpaksa la beratur balik and jadi orang last keluar. masa tu dorang semua dah siap-siap nak tutup kaunter dah. aku agak flight litaorang paling last untuk malam ni. patut la kawan aku cakap dia selambe tido kat prayer room. airport ni tak sibuk sangat rupanya. lepas ambik bag, aku debar-debar jugak sebab selalu baca orang cakap ada anjing besar scobydoobydoo tu hidu bag tapi takde pulak malam tu. officer dia just tanya do you bring any fresh meat je kot. no madam, just formula milk for the baby. okay. dah lepas camtu je. hehe rezeki.




keluar arrival hall tu, Iqbal nampak kedai jual buah. nak buah. dalam satu mangkuk kecik je, AUD7. sabar jela, jangan convert please. anak lapar ni. maka makanlah buah berharga RM21 (haaa convert jugak!!!). ingatkan keluar dari arrival hall tu,ada lah orang tunggu dengan kertas tulis nama kita, tapi non-hado. pusing-pusing lost kitaorang nak carik car rental tu. terpaksa call company car rental tu. nasib dah roaming siap-siap fon untuk kecemasan macam ni. rupanya, mulai dorang tunggu kat luar. ok, kita ke luar. sampai je kat pintu, angin sejuk membuai-buai. tambah pulak masa tu tengah malam, memang perfect la sejuknya. dalam 11 degree kot. naik van, dia bawak gi kat hotel untuk pick-up kereta sewa. kami sewa toyota elantra dari Apex Car Rental. paling murah comppared to company lain tapi masalah dia, dia ada after hours charge (AUD30) dan boleh ambik dan hantar kat ofis dorang kat area airport je. 

bandar Melbourne di malam hari



dalam 30 minit perjalanan, dengan bantuan GPS, kami selamat sampai kat rumah yang aku book kat Airbnb.com tu. Nenek tu dah messege cakap dia tido-tido ayam plus dia suruh bunyikan loceng, tapi kiteorang tak jumpa pulak loceng tu. dalam 5 minit tunggu, pastu ada sorang mamat ni datang bukak pintu. rupanya mamat ni student yang menyewa rumah tu. jalan pun jengket-jengket sebab taknak kasi tuan rumah terganggu kononnya. ikutkan, aku book 1 bilik je. 2 malam. sebab katil queen pastu ada sofabed untuk adik aku. tapi nenek ni baik hati betul kasi kami pakai dedua bilik yang dia ada :) memang recomended nenek ni, baik. tak berkira. makan pun tanya nak makan apa. siap tolong basuh dan lipat baju kami sekali. paling comel, ada towel bentuk angsa dengan coklat Lindt menyambut kedatangan kami.

ok lah, dah pukul2 pagi. kena tidur, recharge untuk jalan-jalan esok. 

(tak tahu bila sambung pulak ni..hehe).