Thursday, May 9, 2013

Hong Kong : Day 1 ( 1881 Herritage, Avenue of Stars, Ladies Market)

entry yang dah lama tertangguh, jadi mari kita mula sekarang.. lama-lama nanti lupeee!!! banyak gambar ni, harap rajin scroll sampai bawah :)

book ticket kat www.malaysiaairlines.com sebulan sebelum hari kejadian. planned yg unplanned. planned nak pegi holiday, and HK ada dalam list but tak tahu bila and tunggu budget (read:bonus). so once bonus dah masuk end of March, terus beli tiket. total harga tiket MAS pergi balik untuk kami 3 beranak adalah RM1,454.00. quite mahal la compared dengan AA (kalau u beli setahun sebelum or masa promo) but farrah rasa ok kot dengan harga ni. so kami pergi untuk 5 hari 4 malam; 27 April - 1 May 2013.

seawal pukul 6.45 pagi, adik ambil kami kat rumah, tolong hantar ke KLIA. sampai KLIA pukul7.30 pagi pastu terus drop bag. ingatkan nak breakfast dulu, tapi takut tak sempat sampai kat gate sebelum pukul 8.45 pagi, kami terus ambil tren ke terminal. sempat tapau sandwich kat cofeebean sebab kalau nak tunggu in-flight meals, takut baby adik lapar pulak. tu pun pukul 9 kot baru kami masuk, and antara orang teraikhir naik. semua seat dah penuh. heee. perjalanan KL-HK around 3 jam 50 minit.

dapat duduk tepi tingkap and paling depan sebab kami bawak infant & nak pakai bassinet. kalau naik AA macam gi Korea last year, kena charge. tapi kali ni FOC. MAS la katakan. hehe
total travelling distance 2,619km. nak dijadikan cerita, sepatutnya kami sampai awal 30 minit, dah nak landed pun (farrah agak dah less than 10m dari landasan kot), tetiba kapal terbang tu naik balik. tak tahu la kenapa, maybe sampai awal sangat and tak dapat kebenaran nak landing lagi kot. bila tengok bawah, memang HKIA tu busy sangat.
Hong Kong International Airport (HKIA) ni kat Lantau Island. so memang tepi- tepi tu laut je la. macam nak landing atas air pun ye jugak.
oh ye, baca kat blog orang (semua yang naik AA), dorang cakap nanti stroller kena collect kat satu tiang tu. so selamba je keluar tak tunggu stroller. terus gi baby's room, tukar pampers anak teruna. bila keluar,tengok orang yang duduk sebelah kami tolak stroller. terus gi tanya dia. rupanya kalau MAS, boleh terus ambik stroller tu kat pintu kapal. kami keluar awal sangat kot, sebab masa keluar tu takde lagi. patah balik jap ambik stroller (nasib baik baru dalam 20m kot).
keluar je, macam lost tak tahu nak tuju mana. haha. dah baca banyak blog pun, confuse jugak. sebabnya, kami bukan nak naik MTR, kami cari shuttle bas hotel. ha, kalau korang pegi, terus beli Octopus Card kat airport tau. dia ala-ala TnG gitu. nak beli traveller's sim kad pun ada kat sini tapi kami tak beli pun. sempat ambik peta and pamplet tempat-tempat menarik. tengok anak teruna tu tengah baca pamplet Disneyland (tapi terbalik..haha)
nak shuttle bus ke Standford Hotel, Mongkok. Iqbal sampai sekarang tak boleh nampak bas, mesti cakap "nak aikkk (nak naik)". best sangat ke naik bas anak oi?
view HK sepanjang perjalanan dari HKIA ke hotel di Mongkok.
bilik kami di Standford Hotel, Mongkok. harga satu malam dlm RM500+. selesa untuk kami 3 beranak.
view? nampak bangunan-bangunan je la. and tak sangka boleh requesr sejadah, kompas and Quran sekali. bagus hotel ni :)

sampai-sampai je, kami lunch express kat hotel je. bawak stol makanan segera untuk masa-masa kecemasan macam ni la. tengah penat tak larat nak cari kedai makan.
lepas solat asar, kami keluar balik. naik shuttle hotel jugak, senang kan? dia hantar ke Harbour City Ferry Termial . lepas tu kami menapak sepanjang jalan tu untuk ke Avenur of Stars. (dengan bantuan map of course :) )

China Hong Kong City, shopping complex. tak masuk pun.
MJ, Chanel, Gucci, Coach dan macam-macam lagi lah, berderet di sepanjang jalan. tapi tak masuk pun. sebab aim nak g Citygate Outlet jer. singgah H&M beli topi untuk Iqbal sebab nak cover kepala dari angin sejuk.
1881 Herritage. bangunan ala Victorian. lawa sangat. kat sini pun kedai-kedai designers je. farrah pegi untuk bergambar je :p
feeling ala Cinderella kalau dapat naik kereta kuda ni. tapi tak boleh naik. Iqbal tengah mamai-mamai lagi. tidur sebelum mama masuk H&M lagi sebab dah mula terasa kesejukan.
Iqbal duduk diam-diam dalam stroller, mama dengan baba nak ambil gambar berdua, felling-felling tengah honeymoon gitu :p
oh tengok kat entry orang, 1881 Herritage ni ada patung ular berkepala 6. tapi masa kami pegi dah takde, ganti dengan chess kat belakang ni. lagi cantik kot?
dan sambung berjalan lagi, dan sampai la di Avenue of Stars. masa tu baru around 6.15 petang tapi dah gelap. ditambah berkabus pulak, dengan angin sejuk. fuhhhh
pemandangan Hong Kong Island dari Victoria Harbour.
mercu tanda Avenue of Stars.
action!
tudung pun asyik terbang je. angin kuat sangat masa ni.
no caption.
antara plak-plak artis HK yang glamer dan kami kenal :p
Jackie Chan, Jet Li, Bruce Lee.
Bruce Lee. tak dapat ambik gambar kat depan sebab ramai sangat orang.
Iqbal yang takde perasaan pun. sebabkan sejuk sangat, dan baru pukul 7, kami decide nak terus gi makan je. tak tunggu pun Symphony of Light pukul 8 tu. mau beku kami anak beranak nak tunggu lagi sejam dengan cuaca sejuk tu. rasanya dalam 17-19'c kot.
berjalan sepanjang Nathan Road, lepas tu ada orang Pakistan kot tegur, "Halal Food? there (sambil tunjuk kat sini)" so masuk lah. for your info, kepada sesiapa yang nak gi ke HK dan berhajat nak duduk di hotel budget/ rumah tumpangan, kebanyakannya kat dalam bangunan macam ni la. bagi kami, sedikit scary. dengan macam-macam foreigner, suasana yang malap, lif sikit tapi ramai tunggu dan kena tunggu lama sebab bangunan tinggi- baik pilih hotel yang elok sikit lah. tapi bab makanan, kat sini senang nak cari makanan halal sebab ada banyak restoran arab,pakistan, dan india.

farrah order briyani kambing, suami order roti nan dan 1 manggo lassi. total makan HKD193 = RM75. nasi tu nampak je sikit, padahal suami dah tolong makan pun tak habis jugak. last-last tapau bawak balik untuk breakfast.
ini lah kedainya. kecik sangat. ada 6 meja je kot. muat dalam 20 orang je dalam satu masa. tu pun berhimpit-himpit la. lepas makan, dah tak larat nak mencari MRT, terus ambil teksi je balik hotel. teksi dari Nathan Road ke Mongkok HKD50 = RM20.


strategi malam tu, balik bilik tidurkan Iqbal lepas tu turun gi Ladies Market,selang tiga lorong je dari hotel kami. so pukul 9.30 malam tu, angkat Iqbal letak dalam stroller, kami turun cuci mata. tapi tak beli apa pun sebab orang cakap kat Stanley Market yang kami nak pegi esok hari tu lagi murah. so tengok-tengok je lah. Ladies Market ni macam Petaling Street / uptown je. tapi sempat jugak rembat satu sweater kait-kait sebab sejuk (alasan, padahal dah lama nak yang kait-kait tu). tawar punya tawar, dapatla dengan harga HKD 180 = RM70. ingatkan boleh pakai gi ofis, tapi rupanya ni ala-ala baju sejuk. kat dalam tu ada selapis lagi. memang baju panas la di kala sejuk.




pusing-pusing, pukul11 balik bilik. kita sambung cerita Day 2 dalam entry lain (yang tak tau bila pulak nak publish tu..hihi)

Wednesday, May 8, 2013

Hong Kong: Budget &Itinerary

tak tahu lah ada orang tunggu post ni ke tak. tapi better up kan untuk rujukan. untuk ingatan diri sendiri dan untuk rujukan kawan-kawan yang merancang nak bercuti ke Hong Kong. harap dah tulis sedetails mungkin, tapi kalau rasa ada yang tak cukup, boleh tinggalkan komen ya. ni perkongsian Farrah untuk trip 5 hari 4 malam ke Hong Kong minggu lepas (27 April - 1 Mei 2013).

Budget

1.  Flight ticket - ok, this is an unplanned la jugak kiranya. so main beli je. kebetulan masa beli 27 Mac haritu, dapat tiket murah (err ke boleh lagi murah?), 2 dewasa dan 1 infant total dengan free meals and 60kg luggage cuma RM1454.00 sahaja. tak boleh nak compare dengan orang lain sebab yang farrah baca, semua pegi dengan Air Asia. ada tu dapat RM900 je untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. tapi yang tu beli setahun in advance la. Farrh pulak jenis tak boleh plan awal. ye la, kalau dah beli setahun lepas, tup-tup ada rezeki mengandung dan time nak pergi tu dah sarat, burn la kan. 
Total tiket = RM 1,454
*balik naik Airbus A-380, 1st trip Airbus MAS  ke Hong Kong :)


2. Hotel - flight murah, rupanya hotel tengah mahal time tu. ada Hong Kong Trade Fair. harga hotel terus jadi   dua kali ganda. kali stay kat 2 hotel berlainan. 2 malam di Standford Hotel, Mongkok (plus transportation from airport to hotel dan insurance) +-RM1,500. dan lagi 2 malam di Novotel Citygate, Tung Chung, RM1,100. 2 malam di Mongkok sebab 2 hari pertama memang nak pusing pulau New Terrotories dan 2 malam lagi tu sebab 3 hari terakhir tu memang plan untuk ke tempat-tempat menarik kat Lantau Island pulak.
Total hotel = RM2,500

Standford Hotel, Mongkook
Novotel Citygate, Tung Chung

3. Duit shopping - exchange rate paling murah dapat masa nak tukar MYR to HKD tu kat Ampang Park is RM1 = 0.385. kami tukar RM3,000 so dapat lah err.. rasanya dalam HKD4,530. tapi kami standby jugak debit card. memang berguna pun. time shopping. hehe. lagipun cash banyak guna naik cab. heh, ibu mengandung tak larat nak jalan lama-lama jauh-jauh.

4. Blog rujukan: 2 blog favourite untuk buat rujukan ke Hong Kong adalah dua blog ni. siap copy dalam phone lagi. masa kat Hong Kong, sempt bukak bila kat sana time nak cari tempat sebab dorang cerita satu-satu dengan details.
    ii)http://nayville.blogspot.com

Intinerary


Simple je, buat sendiri agak-agak je. hihi. ikut 85%. yang tak ikut, eh bukan tak ikut cuma switch hari je. hari Isnin swap dengan hari Selasa.hari Sabtu dan Ahad, hotel kat area town, so pusing-pusing area New Territories je la. the rest, sebab memang nak gi Disneyland kat area Lantau Island, semua tempat-tempat dituju pun area tu jela.

ok,sambung cerita day by day pulak nanti ye. kalau nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan komen. 

thanks for reading! :)