4 kereta, 4 family.. around 20orang dewasa dan kanak2..
masuk ikut sempadan Wan Kelian, Perlis. settle imegresen semua dalam pukul 12
aroud 5.30pm, sampai ke Krabi town.. terus ke Ao Nang beach cari hotel tapi semua full so patah balik cari hotel 3km dari Krabi town..
2nd day, naik tongkang pegi island hopping.. tapi kebanyakannya kami tengok, mat saleh pun naik tongkang macam ni jugak.. unless u stayed at 4/5 star hotel, mungkin naik speedboat.. tu pun tak banyak sangat.. so satu family naik kapal ni.. oh for 4 island-island hopping ni, harga 500bath seorang.. nanti dia bawak pegi jalan2 ke Poda Beach, Chicken Island, Tup Island and Railay Beach..
welcome to Poda Beach.. pasir putih, ada batu2 kat tengah laut, air hijau kebiruan.. Subhanallah.. cantik sangat
kedai bergerak.. nak apa? juice? pancake? jagung? semua ada..
banana pancake a.k.a roti pisang.. 50bath = RM5.. harga double, tapi who cares? tengah holiday kot.. haha
my heroes.. cantik sangat, suka sangat gambar ni :)
us<3 p="">3>
see, semua kapal2 macam ni je beratur penumpang2.. berhenti kat Poda Beach ni 2jam untuk jalan2 dan mandi manda.. lepastu, jom gi tengok pulau lain pulak..
lepas tu ke Chicken Island.. perasan tak bentuk pulau tu macam kepala ayam? ha, pegi sini nak tengok tu je ke?
takkkk.. kat bahagian belakang pulau ni, tempat untuk snorkeling.. banyak ikan kuning, biru, putih dok berenang.. teringin nak snorkel tapi..................... Iqbal meragam sejak naik bot tadi lagi.. dia taknak dok bawah.. so tengok je la baba snorkel.. sekejap je dalam 30minit, pastu gerak ke next pit stop :)
(image by google)
Tup Island.. cantik.. pastu macam 2 pulau yang bercantum..tapi pulau ni kecik je.. orang ramai,so sangat packed.. nak duduk pun takde tempat.. so berhenti dalam 30minit je..
(image by google)
Railay Beach.. kat sini ade private hotel.. cantik wuh.. and kat belah hujung2, ada gua.. tapi tak pegi pun.. kat sini, adik2 sepupu sambung mandi lagi..
balik hotel, mandi solat semua, ajak suami keluar..kan ada kereta, panjang la langkahnya..nak bergambar dengan bangunan yang ada trademark Thailand.. haha
ok, Krabi tu nama sempena Crab.. patut la ada ketam besar ni kat town dia.. heh
family potrait :)
mama & Iqbal :)
kami menginap kat sini.. rm70 satu malam.. hotel baru, muslim punya.. so ada kiblat, nak breakfast pun boleh makan dengan senang kat kafe je..
otw nak balik Kedah dah..jalan di Thailand.. besar kan? 3-4 lanes.
ni je yang sempat disambar.. tak sempat nak shopping sangat.. tapi yang penting Iqbal & Mama dapat baju Krabi :)
other tips kalau nak ke Krabi by car:-
- buat insurans kereta kat tepi jalan otw to Wang Kelian tu je.. RM15/car.. utk berapa hari tak sure, tapi takkan la u nak g lama sangat kan..
- money changer pun berlambak kat tepi jalan.. currency pun murah (kot? yg ni confuse sikit)
- kalau ada peta, sila bawak peta.. tapi no worries, signboard merata2 :)
- kami pegi dari Wang Kelian-Satun-Trang-Krabi.. around 5-6hours journey
- kedai makan islam/halal banyak kat Satun(sebab dekat sempadan lagi) tapi takde lagnsung kat Trang..
- kat Krabi, kalau on the way to Ao Nang and kat area Ao Nang beach, ramai Islam.. yang pakai tudung, gerai2 yang tanda halal etc.. tapi kalau kat pekan Krabi, susah sikit lah..
tu je kot, kalau ada soalan, boleh tinggalkan dekat komen ye :)










